SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1.5 bilion setakat Julai lepas kepada 11 kategori penerima yang layak melibatkan kanak-kanak, warga emas, elaun pekerja orang kurang upaya (OKU), bantuan penjagaan OKU terlantar dan bantuan anak pelihara.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia juga membabitkan kategori penerima tabung bantuan segera, bantuan alat sokongan, bantuan am, bantuan latihan perantis dan geran pelancaran.
Beliau berkata, Sabah merupakan negeri tertinggi menerima peruntukan bantuan dalam tempoh itu dengan sebanyak RM174 juta disalurkan melibatkan 63,641 orang penerima.
Menurutnya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan di laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929