fbpx

Vaksinasi untuk semua penduduk Malaysia walaupun tiada dokumen – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika melawat program vaksinasi jangkau luar di Pulau Larapan, Sabah.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program vaksinasi diberikan oleh kerajaan untuk semua penduduk di Malaysia dan kerajaan tidak menolak sesiapa tidak kiralah individu tersebut mempunyai dokumen ataupun tidak.

Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Facebooknya tadi berkata, aktiviti vaksinasi di Pulau Larapan, Sabah yang dilaksanakan kini turut dihadiri golongan yang hadir tanpa mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Ada yang hanya membawa bersama mereka surat dari Kerajaan Negeri ataupun ketua kampung yang mengesahkan identiti mereka. Kita terima.

“Saya telah bincangkan perkara ini di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga bersama Jemaah Menteri bahawa apa yang lebih utama adalah soal kesihatan awam,” katanya di sini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga berharap penduduk di Malaysia akan hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) atau program jangkau luar untuk mendapat vaksin Covid-19.

“Saya ingin tegaskan juga bahawa tidak ada yang selamat sehingga semuanya selamat,” katanya.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin kini mengadakan lawatan kerja di Sabah bagi melihat aktiviti jangkau luar pemberian vaksin CanSino (vaksin 1 dos) kepada penduduk di pulau tersebut dan pulau-pulau di sekitarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI