fbpx

Tiada kenaikan harga RTK Antigen Covid-19 di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan memeriksa harga RTK Antigen Covid-19 yang dijual di KB Mall, Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Peniaga dan pengusaha farmasi di negeri ini tidak menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Adnan Abd. Rahman berkata, hasil pemeriksaan terhadap 204 farmasi di negeri ini mendapati hampir kesemuanya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kit ujian kendiri ini diwartakan sebagai barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuatkuasa semalam.

“Kita beri masa selama seminggu bagi peniaga dan pengusaha farmasi bagi membuat penyesuaian dan penyelarasan harga dan menjual kit kendiri itu mengikut harga siling iaitu RM 19.90 dan bagi harga borong maksimum RM 16,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjalankan pemeriksaan jualan RTK Antigen Covid-19 di sebuah farmasi di pusat beli-belah KB Mall di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Adnan, pihak yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Katanya, individu juga boleh dikenakan denda di mahkamah sehingga RM 100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga 50,000.

Tambahnya, bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500, 000 atau kompaun RM 250,000. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI