fbpx

[VIDEO] Selongkar lori sampah cari emas RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita itu berjaya menjumpai semula barangan kemas bernilai RM70,000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah.

PETALING JAYA- Kalau rezeki tidak ke mana.

Itu antara ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang wanita apabila berjaya menjumpai semula barang kemas bernilai RM70,000 selepas membuangnya ke dalam tong sampah.

Difahamkan, wanita terbabit mahu membuang sampah tetapi secara tidak sengaja memasukkan barang kemas yang disimpan di dalam bekas berwarna hijau.

Menerusi satu perkongsian video oleh Cik Puan Suria di laman Facebook, wanita itu bertemu dengan pekerja pembersihan bagi mencari barangan kemas yang telah dibuang.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut menunjukkan pekerja pembersihan membantu wanita itu mencari barangan kemas bernilai puluhan ribu ringgit dengan mengeluarkan sampah daripada lori.

Bagaimanapun, akhirnya wanita itu berjaya menjumpai semula bekas yang mengandungi beberapa gelang emas dengan nilai keseluruhan RM70,000.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan ucapan terima kasih dan bersyukur selepas wanita tersebut menjumpai semula barangan kemas yang dibuang ke dalam tong sampah.

“Alhamdulillah rezeki milik kakak ini, benda tidak sengaja bukan sengaja mahu buang, lepas ini perlu beringat,” nasihat Ifa Sofi.

“Alhamdulillah syukur, masih menjadi rezeki tuannya,” doa Mariam Ahmad.

“Harap kakak itu bagi upah kepada pekerja pembersihan yang mencarikan barang kemas itu,” kata Sham Suri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI