fbpx

Peguam meninggal dunia terjatuh dari tingkat 22 di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa sebelum terjatuh dari tingkat 22, Bangunan Wisma Sanyan, Jalan Morshidi Sidek, dekat sini hari ini.

SIBU – Seorang peguam lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22, Bangunan Wisma Sanyan, Jalan Morshidi Sidek, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian berkenaan.

Komander Operasi Bomba berkata, bomba menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 1.30 petang dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Petugas melakukan ‘size up’ dan mendapati terdapat seorang mangsa (lelaki) dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sedang terbaring di pekarangan tempat letak kereta Wisma Sanyan.

“Petugas melakukan operasi mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan turut dilakukan di kawasan tersebut sehingga selesai bagi memastikan keadaan terkawal serta selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI