fbpx

Liga Fantasi Kosmo! makin rancak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMIN ceria menjadi salah seorang pemenang hadiah mingguan Liga Fantasi Kosmo!

SAINGAN Liga Fantasi Kosmo! semakin rancak apabila bakal memasuki saingan minggu keempat (GW4) bermula Sabtu ini selepas saingan Liga Perdana Ing­geris (EPL) berehat seketika untuk memberi laluan kepada kalendar perlawanan antarabangsa.

Setakat ini, sudah ada 15 pemenang mingguan dipilih untuk menerima hadiah berupa wang tunai RM200 setiap seorang sejak aksi sepak mula EPL dimulakan pada 14 Ogos lepas.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dengan lebih 6,000 pendaftaran di seluruh negara ketika ini.

Lebih menarik, peserta yang mendaftar terdiri daripada pelbagai bangsa, tidak kira umur atau latar belakang pekerjaan memandangkan penganjuran Liga Fantasi Kosmo! dibuat secara terbuka dan percuma.

MUHAMMAD ASLAM mengakui Liga Fantasi Kosmo! menarik kerana menawarkan hadiah yang lumayan termasuk penerbangan ke London.

Salah seorang pemenang GW1 (Minggu Pertama), Muhamad Aslam Abdul Lathiff me­ngakui penganjuran Liga Fantasi Kosmo! sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan buat rakyat Malaysia yang masih sedih dengan si­tuasi pandemik ketika ini.

“Apa yang akhbar Kosmo! lakukan dengan penganjuran Liga Fantasi Kosmo! buat kali pertama pada tahun ini adalah satu langkah positif yang mana rakyat Malaysia boleh mengalihkan tumpuan seketika tanpa memikirkan isu Covid-19.

“Saya sendiri menyertai ba­nyak liga fantasi yang berbayar dan menawarkan hadiah berlainan tetapi kelainan Kosmo! lakukan dengan menganjurkan secara percuma wajar dengan hadiah lumayan secara ming­guan wajar dipuji.

“Pada masa sama, saya anggap Liga Fantasi Kosmo! ini boleh menarik lebih ramai anak muda yang mengikuti saingan EPL khususnya untuk menjadi pengikut setia akhbar Kosmo!,” kata Aslam yang merupakan seorang pelajar jurusan perubatan.

Sementara itu, Mohd. Rosmin Maulan yang sudah bermain permainanan fantasi sejak lima tahun lalu mengakui agak terkejut apabila muncul salah seorang peserta mengutip jumlah mata mingguan tertinggi pada GW3.

“Saya tidak sangka apabila pasukan Rumah Merah meraih mata agak tinggi pada GW3 dan muncul salah seorang pemenang mingguan Liga Fantasy Kosmo!.

“Kini, sudah tentu sasaran saya untuk meraih lebih banyak kemena­ngan terutama selepas mendapat tahu hadiah keseluruhan Liga Fantasi Kosmo! dipertingkatkan,” kata Rosmin yang berusia 45 tahun.

MOHD. HAZUAN tertarik untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo! kerana ada keunikan tersendiri dengan hadiah keseluruhan mencecah RM80,000.

Bagi salah seorang lagi pemenang GW3, Mohd. Hazuan yang menggunakan pasukan Rimbara XI (2005) melihat penganjuran Liga Fantasi Kosmo! mempunyai daya tarikan tersendiri kerana mempertaruhkan hadiah keseluruhan sebanyak RM80,000 termasuk tiket penerbangan ke London dan tiket untuk menyaksikan perlawanan EPL selain penginapan dan duit poket RN2,000.

“Saya lihat persaingan cukup sengit antara peserta dengan jumlah mata yang agak rapat antara satu sama lain. Justeru, kami sebagai pemain perlu bijak merancang strategi tersendiri.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira kerana Kosmo! memberikan platform buat kami bermain kerana peminat permainan fantasi EPL di Malaysia sangat tinggi dan penganjuran percuma selain tawaran hadiah lumayan menjadi daya menarik utama,” katanya.

MOHAMAD AZLAN (kiri) dan Wan Hasnan (kanan) bergambar bersama pemenang hadiah mingguan LIga Fantasi Kosmo! di Petaling Jaya semalam.

Ketiga-ketiga pemenang telah ditemui selepas Sesi Penyampaian Hadiah Liga Fantasi Kosmo! yang berlangsung di Petaling Jaya semalam.

Hadiah telah disampaikan oleh ­Ketua Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar sambil di­iringi Pengarang Kosmo!/Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan dan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Aznan ­Bakar.

Selain hadiah wang ­tunai RM200 yang diberikan ­secara mingguan, Kosmo! turut ­menawarkan hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke London, England untuk menyaksikan perlawanan EPL selain wang saku sebanyak RM2,000 kepada pemenang utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI