fbpx

Leylah Annie cipta fenomena tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEYLAH terus mencipta kejutan apabila kali ini menewaskan Kerber pada Terbuka AS awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Kali ini giliran bekas ranking pertama dunia, Angelique Kerber pula terkeluar daripada saingan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas kepada pemain remaja Kanada, Leylah Annie Fernandez awal pagi semalam.

Kerber, 33, yang pernah menjuarai Terbuka AS 2016 gagal mengatasi strategi permainan bintang remaja berusia 19 tahun itu sebelum tewas 4-6, 7-6 (7-5), 6-2 pada pusingan 16 terbaik di Stadium Arthur Ashe.

Hasil kemenangan itu, Leylah yang berdarah campuran Kanada-Filipina, meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir menentang pemain ranking kelima dunia dari Ukraine, Elina Svitolina.

“Saya bekerja keras sejak saya mula bermain tenis dan berusaha gigih untuk layak dalam kejohanan berprestij ini yang menghimpunkan ramai pemain terbaik dunia.

“Saya menjangkakan suatu hari nanti dapat turun beraksi di pentas besar di hadapan ribuan penonton. Sudah tentu saya juga mengimpikan peluang untuk mencipta kemenangan di hadapan mereka.

“Namun, saya tidak sangka dapat melakukannya secepat ini. Lebih membanggakan apabila saya berjaya melangkah ke pe­ringkat suku akhir ketika ini,” kata Leylah.

KERBER memuji prestasi Leylah yang menewaskannya di pusingan 16 terbaik Terbuka AS. – AFP

Nama Leylah mula menjadi sebutan peminat-peminat tenis dunia selepas mencipta kejutan terbesar menyingkirkan pemain No.3 dunia dari Jepun, Naomi Osaka di pusingan ketiga dengan keputusan 5-7, 7-6, 6-4.

Tidak mustahil Leylah mampu mengejutkan dunia tenis buat kali ketiga berturut-turut dengan menyingkirkan Svitolina jika dia mengekalkan prestasi semasa. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI