SEPANG – Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2020 Tokyo, Latif Romly akan menjalani sesi pemulihan terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Perlis.
Jelasnya, dia berhasrat akan pulang untuk bertemu ibu bapanya selepas selesai kuarantin dan dijangka pulang ke utara tanah air pada Oktober ini.
“Tengok dulu (nak balik kampung), saya akan menjalani kuarantin dahulu (selepas tiba di tanah air). Kemudian saya akan ikut sesi pemulihan.
“Mungkin saya akan mengambil masa seminggu dua begitu. Mungkin dalam bulan Oktober macam itu baru saya akan balik,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Latif yang berusia 24 tahun, melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet para kebangsaan pertama berjaya mempertahankan pingat emas dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Paralimpik sejak 1972.
Pada masa sama, beliau turut berkongsi kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius.
“Sekarang keadaan saya dah okey. Cuma ada koyak sedikit dalam 2.5 sentimeter. Koyakannya macam ‘stage 2’ sahaja, tidak serius sangat,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929