fbpx

Kucing baka BSH dari Rusia ditahan Maqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing baka BSH yang ditahan Maqis di KLIA, Sepang pada hari Ahad lalu. Foto IHSAN MAQIS

SEPANG – Seekor kucing baka British Short Hair (BSH) yang dimport dari Rusia ditahan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dilakukan di kawasan pemeriksaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, di sini, Ahad lalu.

Pemeriksaan itu dilakukan pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada dokumen sijil kesihatan dan fizikal haiwan itu kira-kira pukul 3 petang.

Maqis Selangor berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat kesalahan berlaku di mana nombor mikrocip yang terdapat pada badan kucing tersebut didapati tidak sama dengan dokumen pada sijil kesihatan yang diisytiharkan.

“Haiwan tersebut kemudiannya telah ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, kesalahan mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di
bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika bersabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Jelas Maqis, pihaknya sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI