fbpx

KKM hantar 480 silinder oksigen ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan perubatan tambahan itu sebahagian langkah kesiapsiagaan KKM dalam menghadapi trend peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Sabah.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar 480 silinder oksigen, 48 ‘oxygen regulator’ dan stok ubat-ubatan ke Sabah pagi tadi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran tersebut seperti yang telah dijanjikan semalam.

“Peralatan perubatan tambahan ini sebahagian langkah kesiapsiagaan KKM dalam menghadapi trend peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, proses penghantaran itu dibantu oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jelas beliau, turut sama terlibat dalam menjayakan misi itu adalah Creador Foundation yang menyumbangkan silinder oksigen.

Tambah beliau, Yayasan Bursa Malaysia pula menyumbangkan ‘oxygen concentrator’.

“Tajaan logistik silinder oksigen kepada hospital-hospital di Sabah adalah melalui Sabah Oxygen Sdn. Bhd. serta pihak Layang-layang Aerospace Sdn. Bhd. dan Raya Airways yang membantu dalam menaja penggunaan ‘forklift’,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI