fbpx

Kit antigen Covid-19 dijual RM19.90 di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN ARJUNA ketika melakukan operasi pemantauan kit ujian kendiri Covid-19 di farmasi sekitar Seremban 2 di sini. - FOto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN. GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Rata-rata farmasi di negeri ini telah melakukan penyelarasan harga jualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (kit ujian kendiri) pada harga siling RM19.90 seperti yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, hasil pemantauan yang dilakukan oleh pasukan penguatkuasa KPNDHEP negeri pada 5 dan 6 September lalu mendapati sebanyak 16 premis yang diperiksa mematuhi harga jualan di peringkat runcit RM19.90.

“Pemeriksaan tersebut telah dijalankan di farmasi sekitar Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson susulan pewartaan kit ujian kendiri sebagai barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuatkuasa 5 September lalu.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berkaitan harga kit ujian kendiri yang lebih tinggi di pasaran selain tiada laporan kit tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI