fbpx

Johor Port bantu gelandangan di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port) memberi makanan percuma kepada gelandangan dan pihak memerlukan melalui Program Bantuan Makanan Johor Port di Johor Bahru (JB) bagi membantu meringankan kesukaran dihadapi oleh golongan sasar.

Pek-pek makanan telah diagihkan selama seminggu bermula 20 Ogos hingga 26 Ogos 2021 di Jalan Dataran Larkin 3, Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Insani Kaseh Ne­geri Johor.

Sumbangan berkhasiat yang berupa nasi, pelbagai hidangan protein, sayur-sayuran serta air mineral itu disediakan pengusaha makanan yang berpengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir berkata, seiring dengan moto tanggungjawab sosial korporat syarikat iaitu Johor Port Peduli, pihaknya sedar masih ada yang berdepan dengan kesulitan untuk mendapatkan makanan mencukupi dalam situasi pandemik Covid-19.

“Program ini juga secara tidak langsung dapat membantu dan menyokong perniagaan kecil seperti katering yang juga terjejas berikutan wabak maut itu,” katanya dalam satu ke­n­yataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI