fbpx

Itali kebal tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Itali, Lorenzo Insigne (tengah) beraksi cemerlang meskipun seri tanpa jaringan dengan Switzerland dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam. – AFP

BASEL – Itali layak mendabik dada apabila memecahkan rekod dunia dengan melebarkan aksi tanpa kalah dalam 36 perlawanan antarabangsa berturut-turut selepas seri tanpa jaringan dengan Switzerland pada kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam.

Pada aksi di St. Jakob Park itu, skuad The Azzurri yang masih segar dengan kejuaraan Euro 2020 pada Julai lepas, mampu meraih tiga mata tetapi gagal melakukannya selepas sepakan penalti daripada Jorginho berjaya diselamatkan penjaga gol Switzerland.

Begitupun, ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini menyifatkan, para pemainnya boleh berbangga kerana melakar sejarah tersendiri, namun dalam masa sama bimbang dengan prestasi semasa pasukannya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku apabila kami masih gagal memenangi perlawanan selepas seri dua kali berturut-turut. Mungkin kami tidak bernasib baik kerana bola seperti tidak mahu menerjah jaring pasukan lawan.

“Jentera serangan saya sudah mencipta banyak peluang sepanjang perlawanan termasuk meraih satu sepakan penalti. Inilah lumrah bola sepak dan saya harap pasukan bangkit semula pada aksi seterusnya,” katanya.

JORGINHO gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika seri tanpa jaringan dengan Switzerland. – AFP

Sebagai rekod, Itali berjaya memintas rekod 35 perlawanan berturut-turut tanpa kalah di peringkat antarabangsa yang sebelum ini dikongsi bersama Brazil dan Sepanyol.

Sementara itu, pemain pertahanan kanan Itali, Giovanni Di Lorenzo tidak risau dengan situasi semasa kerana baginya mereka akan memperoleh kemenangan selepas ini berdasarkan corak permainan positif yang di­terapkan Mancini.

“Kami akan lebih risau jika gagal mencipta peluang. Situasi sekarang berbeza kerana pasukan berupaya meraih banyak peluang, cuma tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan. Bagi saya, ia bukan masalah besar,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI