fbpx

Dua kejadian tanah runtuh, jalan Bukit Fraser masih boleh dilalui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pekerja membersihkan kejadian tanah runtuh di jalan ke Bukit Fraser yang berlaku kelmarin .

RAUB – Dua kejadian tanah runtuh dan satu kejadian pokok tumbang berlaku di jalan ke Bukit Fraser di sini kelmarin.

Kejadian yang dipercayai susulan hujan lebat itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohamad Shahid Ismail berkata, kejadian itu tidak menyebabkan jalan ke pusat peranginan Bukit Fraser berkenaan ditutup.

“Jalan berkenaan masih boleh dilalui satu lorong dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda direkodkan dalam kejadian itu.

“Pada masa ini usaha giat dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya untuk membersihkan laluan sebelum usaha baik pulih kawasan yang terjejas,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Shahid pokok yang tumbang merentasi jalan juga telah dibersihkan dengan segera oleh pihak terbabit.

Katanya, sebagai langkah keselamatan papan tanda amaran dan juga kanvas serta penghadang jalan turut di pasang di kawasan tanah runtuh berkenaan.

“Pihak terbabit juga sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dan di sepanjang jalan sebagai langkah keselamatan kepada pengguna jalan raya,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI