fbpx

Buruh ditahan miliki 600 biji pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil kuda yang dirampas selepas menahan seorang buruh di sebuah rumah di Kampung Panchor, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang buruh ditahan selepas dipercayai mengedar 600 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Panchor di sini kelmarin.

Serbuan pada pukul 3.50 petang itu dilakukan selepas polis menerima aduan mengenai kegiatan tersebut yang didalangi seorang lelaki berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika serbuan dijalankan, suspek berada di dapur.

“Polis memeriksa sebuah beg pada bahunya dan menemui kira-kira 600 biji pil kuda dianggar bernilai RM6,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang membekalkan dadah kepada suspek. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI