fbpx

Bayi masih bertali pusat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG bayi perempuan yang masih bertali pusat diselamatkan selepas dtemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi di Precint 3 Taman Ara Sendayan di sini.

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan atas rumput berhampiran sebuah rumah kongsi di Precint 3, Taman Ara Sendayan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, bayi malang itu ditemui seorang lelaki yang kemudiannya memaklumkan kepada polis pada pukul 11.52 pagi.

“Siasatan awal mendapati, bayi yang ditinggalkan tanpa dibalut (bogel) adalah perempuan dan bangsanya masih belum dikenal pasti.

“Ketika ditemui, bayi itu masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Said, tiada kesan kecederan pada bayi itu sebaliknya hanya kesan gigitan serangga. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI