fbpx

Bale ledak hatrik, muncul wira Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE (tengah) meledak hatrik memastikan Wales bangkit menewaskan Belarus di Kazan awal pagi semalam. – AFP

KAZAN – Bintang sensasi Wales, Gareth Bale muncul wira apabila meledak hatrik membantu negaranya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk menewaskan Belarus 3-2 pada aksi Kumpulan E kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Central awal pagi semalam.

Bale, 32, ternyata berada pada momentum terbaik ketika ini apabila jaringan ketiganya pada minit-minit terakhir memastikan Wales pulang dengan tiga mata selepas ketinggalan dalam aksi yang berlangsung di gelanggang berkecuali di Kazan, Rusia.

Ia sekali gus menamatkan penantian Bale selama dua tahun untuk menjaringkan gol di pentas antarabangsa selepas kali terakhir melakukannya ke atas Croatia pada Oktober 2019.

“Kemenangan ini amat bermakna selepas kami terpaksa terbang jauh ke Rusia dan pada masa sama kehilangan ramai pemain disebabkan masalah visa, kecederaan dan Covid-19.

“Walaupun persembahan kami masih belum mencapai tahap sebenar tetapi kemenangan ini sekurang-kurangnya kembali membuka peluang buat kami dalam saingan kelayakan.

“Saya juga gembira kerana dapat menyempurnakan dua sepakan penalti dalam aksi ini. Saya agak gementar sebenarnya kerana gagal melakukannya sewaktu Euro 2020,” kata Bale.

BALE (kiri) puas akhirnya dapat menjaringkan gol bersama Wales selepas dua tahun. – AFP

Bale memastikan skuad bim­bingan Robert Page itu men­dahului menerusi sepakan pe­nalti seawal minit kelima tetapi Belarus bangkit dengan dua gol melalui Vitali Lisakovich dan Pavel Sedko sebelum tamat babak pertama.

Pemain sayap lincah Real Madrid itu sekali lagi menyudahkan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan pada minit ke-69 sebelum memastikan kemenangan menjadi milik Wales dengan gol kemenangan di hujung perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI