fbpx

45 individu ditahan terlibat aktiviti dadah dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 45 individu ditahan selepas terljbat dalam aktiviti dadah di ladang kelapa sawit, di Pasir Panjang di sini.

PORT DICKSON – Aktiviti 45 lelaki yang dikesan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di dalam ladang kelapa sawit di kawasan Pasir Panjang di sini terbongkar selepas kesemua mereka ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek lelaki berusia antara 21 hingga 70 tahun itu ditahan semasa penugasan Ops Sarang bermula pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

“Tangkapan dibuat kerana individu terbabit didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Hasil serbuan pihak polis telah berjaya merampas 52 paket lut sinar mengandungi dadah berbahaya disyaki heroin, tiga tiub straw pendek di dalamnya mengandungi 0.65 gram dadah dipercayai heroin dan 14 paket lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat 11.55 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, pemeriksaan air kencing mendapati kesemua suspek adalah positif dadah dan kes disiasat di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Sek 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dab Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI