fbpx

Tentera Darat berkas 28 PATI baru mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang ditahan awal pagi hari ini ketika sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau - Sedili Kecil (Bio-Desaru), Kota Tinggi, Johor dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

KOTA TINGGI – Seramai 28 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan ketika sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio-Desaru) dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) memaklumkan PATI warganegara Indonesia berusia 17 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) hari ini.

“Pada pukul 1.30 pagi tadi, anggota petugas pos pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke kawasan berkenaan.

“Hasil penjejakkan yang dilakukan telah mengesan 26 PATI sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio-Desaru) dan berjaya ditahan sekitar pukul 2.30 pagi manakala pada pukul 5.30 pagi dua lagi PATI ditahan di lokasi yang berhampiran,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua PATI tersebut terdiri daripada 25 lelaki dan tiga wanita dan turut dirampas dalam tangkapan itu mata wang Indonesia dan Ringgit Malaysia juga 23 telefon bimbit nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM17,575.80.

Tambahnya, kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI