fbpx

Sarawak rampas ‘takhta’ Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sarawak kini mengambil alih kedudukan ‘teratas’ carta kes positif harian Covid-19 seluruh negara selepas sekian lama ia didominasi negeri Selangor.

Menerusi perkongsian data harian di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes positif dilaporkan di bumi kenyalang itu adalah sebanyak 3,174 diikuti Selangor 2,126 dan Johor 2,101.

Data kes baharu harian mengikut negeri yang dikeluarkan KKM.

Tiga negeri yang mencatatkan angka terendah pula adalah Wilayah Persekutuan (WP) Labuan lima kes, diikuti WP Putrajaya 23 dan Perlis 38.

Secara keseluruhan, jumlah kes positif yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 17,352 dan jumlah kumulatif pula 1,862,187 kes.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kelihatan lega apabila kes positif yang dilaporkan hari ini telah berkurangan berbanding sebelum ini.

Pada masa sama, penduduk Lembah Klang terutamanya dapat menarik nafas lega apabila Selangor dan WP Persekutuan yang sebelum ini mendominasi carta teratas kes Covid-19 dilihat semakin pulih.

“Tahniah kepada semua petugas barisan hadapan dan mereka yang bertungkus-lumus selama ini dalam memastikan angka di Lembah Klang berkurang.

“Ujian swab besar-besaran dan peningkatan suntikan vaksinasi di Lembah Klang kini telah menampakkan hasil,” tulis Wan Khairul Azwan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Teresa George.

“Sarawak kes tinggi sebab ramai yang keluar swab test, bagus tu sekurang-kurangnya kita tahu kita bergejala atau tidak,” tulisnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI