fbpx

Sarawak catat rekod tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sarawak merekodkan angka tertinggi kes harian dengan 3,714 kes daripada 17,352 kes harian negara yang menunjukkan penurunan di bawah angka 18,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan melaporkan sebanyak 252,668 kes termasuk 1,355 kes di Unit Rawatan Rapi dan 745 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 272 kes kematian melibatkan 227 warga Malaysia dan 45 warga asing manakala, 81 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan sebanyak 18,491 kes kematian Covid-19.

“Selain itu, sebanyak 20,201 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,591,028 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada 268 kes kategori tiga hingga lima, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) adalah mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) mereka telah lengkap vaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 30 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 16 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan serta satu kluster pusat tahanan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI