fbpx

Salah tuntut gaji £500,000 seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (depan) meminta kenaikan gaji tinggi sebelum setuju melanjutkan kontrak baharu bersama Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dikatakan meminta kenaikan gaji yang cukup tinggi sekiranya pasukan itu mahu dia menandatangani lanjutan kontrak baharu untuk terus menyarung jersi The Reds.

Salah yang menjadi sasaran dua gergasi La Liga di Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid didakwa mahu menerima bayaran gaji sebanyak £500,000 (RM2.87 juta) seminggu jika mahu terus berada di Anfield selepas ini.

Kapten skuad antarabangsa Mesir itu ketika ini menerima gaji berjumlah £200,000 (RM1.14 juta) seminggu tetapi kontrak semasanya akan tamat pada 2023 sekali gus menimbulkan keresahan kepada pihak pengurusan Liverpool berhubung masa depannya.

Difahamkan, pemain berusia 29 tahun itu mahu dibayar sebaris dengan penerima bayaran tertinggi kelab tersebut iaitu tonggak pertahanan, Virgil van Dijk yang menerima gaji £220,000 (RM1.26 juta) seminggu.

Meskipun pengurusan Liverpool sedia untuk menaikkan gaji Salah, bagaimanapun mereka tidak sanggup melanggar polisi pembayaran gaji semata-mata memenuhi tuntutan ‘gila’ tersebut.

Terdahulu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan pendapatnya agar Salah ditawarkan lanjutan kontrak baharu dengan gaji yang lebih tinggi berdasarkan komitmen dan kecemerlangan prestasi ditunjukkannya selama ini.

“Saya sentiasa terlibat de­ngan semua benda di kelab ini dan mungkin akan ada perbincangan nanti. Mo (Salah) berada pada prestasi terbaik ketika ini dan saya yakin kedua-dua pihak akan mencapai kata sepakat,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI