fbpx

RM38 juta baik pulih infrastruktur rosak akibat aliran puing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir melihat kawasan rumah yang terjejas banjir kilat akibat aliran puing dalam lawatan kerjanya di Yan, hari ini.

YAN – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta untuk kerja-kerja memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana aliran puing di sini dan Merbok dalam daerah Kuala Muda dekat sini pada 18 Ogos lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan tambahan itu diberikan selepas pihak kementerian membuat tinjauan keadaan semasa di semua lokasi terjejas.

“KPLB memutuskan untuk menambah peruntukan dengan kadar segera bagi membolehkan infrastruktur terjejas teruk dibaiki secepat mungkin bagi memastikan anggota Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah tempoh hari dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di lokasi terjejas banjir kilat susulan kejadian aliran puing termasuk salah sebuah daripada 35 buah rumah yang rosak dalam tragedi tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, peruntukan tersebut melibatkan projek naik taraf Loji Rawatan Air Tupah di Merbok sebanyak RM35 juta dan masing-masing RM1 juta untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bekalan air alternatif.

“Selain itu, peruntukan turut disalurkan untuk program ameniti sosial termasuk baik pulih titi dan jambatan sebanyak RM500,000, baik pulih jalan kampung RM355,000 serta baik pulih empat tabika dan taska di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan kos RM145,000,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI