fbpx

Ramai tak suka Mina petik nama mendiang Sulli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA dan mendiang Sulli (kanan).

APA sahaja yang dilakukan penyanyi Mina pasti mendapat perhatian peminat, sementelah sebelum ini dia sangat gemar mencipta sensasi, terutama isu percubaan bunuh diri.

Baru-baru ini, namanya kembali hangat diperkatakan netizen gara-gara berbicara tentang mendiang penyanyi dan pelakon Sulli ketika muncul dalam sebuah temu bual bersama saluran YouTube, JeomJeom TV.

Dalam video berkenaan, bekas anggota kumpulan AOA itu mendedahkan bahawa dia sangat rapat dengan mendiang dan selalu berkongsi kepayahan menjalani kehidupan sebagai artis K-pop.

Perkongsian Mina bagaimana kurang disenangi netizen. Dia didakwa tidak patut bercakap tentang kenyataan yang ‘tidak perlu’ lebih-lebih lagi membabitkan orang yang sudah tiada.

Tampil menjelaskan keadaan, Mina menerusi Instagramnya berkata, dia sebenarnya sangat takut untuk membuka kisah bersama mendiang rakannya itu kepada umum.

“Kalau ada soalan berkaitan Sulli, saya cuba mengelak untuk menjawabnya. Saya tak sangka apabila ditanya tentang Sulli.

“Disebabkan temu bual tersebut sudah disunting, jadi nampak seperti saya bercakap tentang Sulli secara tiba-tiba. Saya patut tanya tentang suntingan itu. Saya minta maaf,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI