fbpx

PM tinjau pembayaran BKC hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri meninjau secara maya proses pembayaran BKC fasa satu yang bermula hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau secara maya proses pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu yang dilaksanakan secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion.

Beliau juga sempat bertanya khabar dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan itu berjalan lancar.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan mempermudahkan urusan pengagihan kepada masyarakat pedalaman dengan pembayaran tunai kepada individu yang tidak memiliki akaun.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya hari ini.

Dalam sesi itu juga, beliau menerima laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz yang turun padang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, manakala timbalannya, Mohd. Shahar Abdullah berada di BSN Triang, Pahang.

Ismail Sabri sebelum ini memaklumkan proses pengkreditan BKC fasa satu bermula hari ini kepada 10 juta penerima layak terdiri daripada miskin tegar, B40, M40 dan golongan bujang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI