fbpx

PKPD di Kuala Kedah lebih ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri (kiri) melakukan pemeriksaan ke atas seorang pemandu di SJR Kuala Kedah, tengah malam tadi.

ALOR SETAR – Kawalan di dua zon mukim Kuala Kedah di sini yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 19 September depan akan dilakukan lebih ketat berbanding PKPD Kota Setar pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kawalan dan pemeriksaan dilakukan lebih ketat berikutan jumlah jangkitan kes Covid-19 dilaporkan tinggi di zon terlibat.

Menurutnya, tugasan tersebut melibatkan laluan keluar dan masuk di kawasan terlibat dan snap check pula dilakukan di jalan darat dan laut sepanjang tempoh dua minggu itu.

“Dua sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal keluar dan masuk dilaksanakan di Jalan Kuala Kedah dan Kubang Rotan manakala lapan jalan ditutup,” katanya pada sidang akbar di SJR di Kuala Kedah di sini tengah malam tadi.

Menurutnya, antara jalan yang ditutup ialah Jalan Kampung Baru, Jalan Kampung Layang Utara, persimpangan Jalan Kampung Padang, Jalan Kota Marina, Jalan Kampung Tepi Laut, Jalan Taman Bahtera, Lorong Mayat dan Jalan Kubang Rotan.

Pada masa sama, katanya, pengawasan di laut pula dikendalikan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Maritim Malaysia (APMM). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI