fbpx

Percaya keputusan MB ikut dasar parti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari dan kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan selaras dengan dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkait isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara baru-baru ini.

Presiden PKR itu berkata, pihak parti juga telah mendengar penjelasan daripada Amiruddin terkait isu tersebut dan yakin akan menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.

“Kami di pihak PKR telah mendengar penjelasan oleh Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari terkait isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) baru-baru ini.

“Dan pada dua hari selepas itu, saudara Amiruddin Shari juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama.

“Oleh yang demikian, saya percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti terkait pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar dan hutan simpan,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kerajaan negeri Selangor meneruskan tindakan menyahwartakan seluas 536.7 hektar tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara walaupun mendapat bantahan dari pelbagai pihak termasuk penduduk kawasan sekitar.

Sebelum ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara dasarnya tidak bersetuju terhadap tindakan pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara khususnya di peringkat awal cadangan oleh kerajaan negeri Selangor.

Menteri KeTSA, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kementerian juga telah mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan negeri Selangor berhubung perkara itu tahun lalu.

Beliau berkata, KeTSA memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang melibatkan kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63 hektar.

Ini kerana, menurutnya sehingga tahun 2019, data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menunjukkan jumlah kawasan berhutan Negeri Selangor adalah pada 31.74 peratus. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI