fbpx

Penghantar makanan maut motosikal bertembung Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Nitar - Mersing, Johor hari ini.

MERSING – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan berlaku di Kilometer 17 Jalan Nitar – Mersing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Farid Jaafar, 38 yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, maklumat awal diterima dari pemandu Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 36 tahun memaklumkan dia dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke arah Kluang.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian terdapat sebuah motosikal telah memasuki laluannya menyababkan pemandu Toyota Hilux cuba untuk mengelak ke kiri bahu jalan namun tetap berlanggar dengan motosikal tersebut.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal yang juga bekerja sebagai penghantar makanan mendapat kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut.

“Setelah beberapa jam menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing, mangsa telah meninggal dunia disebabkan ‘road traffic fatality’ dan disahkan oleh pakar perubatan Hospital Mersing.

“Manakala pemandu Toyota Hilux dan penumpang hadapan tidak mengalami kecederaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI