fbpx

Pekerja am maut jatuh dari bumbung sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan tempat seorang pekerja am tergelincir dan maut apabila terjatuh dari bumbung sebuah sekolah di Labis, Segamat, Johor kelmarin

SEGAMAT – Seorang pekerja am maut selepas tergelincir dari bumbung ketika melakukan kerja-kerja membaik pulih bumbung sebuah sekolah di Labis di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 6.20 petang di Hospital Segamat.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Husdin Che Amat berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati bahawa mangsa bersama dua orang rakan sekerjanya ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja penukaran bumbung pada pukul 3.50 petang.

Menurutnya, naik ke bumbung dan tergelincir akibat hujan mulai turun menyebabkan mangsa terjatuh dari ketinggian 12.5 meter ke permukaan tanah.

“Mangsa yang berada di ruang atas siling ditugaskan untuk membantu mengulurkan barang kepada rakan sekerjanya yang berada di atas bumbung.

“Talian nilon berdiameter 10 mm yang diikat di kekuda bumbung disediakan untuk penyambungan ke peralatan keselamatan (safety harness).

“Malangnya, mangsa didapati tidak memakai safety harness dan hanya memakai selipar semasa bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI