fbpx

“Lelaki walaupun disakiti wanita tetap tersenyum”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu tetap tersenyum meskipun ditinggalkan tunangnya

PETALING JAYA -Perkongsian seorang lelaki yang memperlihatkan kawannya sedang duduk sambil mengenang nasib apabila mendapat berita tentang tunangnya bakal berkahwin dengan orang lain tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 19 saat yang dikongsi @_doreyzz di TikTok, kelihatan lelaki yang bekerja sebagai ‘offshore’ itu dilihat seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbit bersendirian.

Menerusi video itu, lelaki itu mendedahkan rakannya baharu saja patah hati selepas mengetahui tunangnya bakal berkahwin dengan orang lain.

Lelaki itu turut dilihat memujuk rakannya selain memberi kata-kata semangat.

Bagimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah lelaki berkenaan masih lagi tetap tersenyum meskipun impian mendirikan rumah tangga bersama tunang tersayang musnah di tengah jalan.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman media sosial memuji ketabahan lelaki itu yang mampu tersenyum walaupun dugaan menimpanya.

“Lelaki ini walaupun dia banyak disakiti oleh para wanita tapi masih mampu tersenyum,” kata @Inasayang.

“Benda yang membuatkan lelaki itu takut kerja jauh, tapi perempuan dekat belakang ambil kesempatan,” ujar @Denialls.

“Abang ini kuat betul hati dia, walaupun kena tikam belakang perempuan tapi masih mampu tersenyum,” jelas @Missyuulee.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 491,900 tontonan dan 54,700 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI