fbpx

Lagunya telah menakutkan orang Yahudi’ – netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Caprice sedang menyanyi bersama beberapa individu di padang pasir.

PETALING JAYA – Orang ramai mula mempertikaikan niat dan ‘jihad’ sebenar Caprice dibumi Jordan selepas tular satu klip video pendek yang memaparkan aksi penyanyi rap itu sedang menyanyi di padang pasir bersama beberapa individu lain.

Video klip berdurasi 14 saat tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @thisISsalazar.

Kosmo! difahamkan, video yang turut memaparkan Caprice menaiki kenderaan jenis Range Rover adalah sebahagian daripada ‘promo’ untuk video klip lagu terbarunya bersama artis negara tersebut.

Susulan perkongsian di Twitter itu, rata-rata netizen mempersoalkan niat sebenar Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, selepas lebih dua bulan berada di Jordan bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

“Zaman serba maju ni dah tak sesuai dah nak membohong orang, Caprice ni dia ingat netizen ni benak agaknya nak bodoh-bodohkan orang. Ramai dah orang tahu apa niat dia nak ke sana,” ciap @zaharrahman.

Selain itu, ada juga netizen yang berseloroh dengan menyatakan itulah ‘jihad’ sebenar Caprice di sana sehingga mampu mengugat askar Yahudi.

“Tak baik korang ‘bash’ dia, lagu ni mampu menakutkan para yahudi sehingga bertempiaran lari who knows,” ciap @nrain29.

“Senjata Caprice utk melalaikan tentera Israel. Who knows,” ciap @_shahril.

Pada masa sama, pengguna laman Twitter menyeru agar penyanyi itu tidak pulang ke tanah air kerana kecewa dengan tindakannya yang didakwa telah menggunakan perjuangan ‘jihad’ bagi kepentingan sendiri.

“Takpe lah Caprice duduk je kat arab tu selamanya, kami rakyat Malaysia tak perlukan anda langsung, tidak merugikan negara,” ciap @tnmr99.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI