fbpx

Kerajaan teliti kelonggaran agar rakyat lebih bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti kelonggaran bagi membolehkan rakyat lebih bebas dalam situasi norma baharu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara kelonggaran tersebut membabitkan isu rentas negeri dan pembukaan lebih banyak sektor.

“Saya sedang mengusahakan perkara terbabit bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya akan jemput ketiga-tiga mereka dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan dan seterusnya membuat keputusan bersama,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia libatkan soal kesihatan dan keselamatan.

“Sebab itu dalam menentukan kelonggaran ini, nyawa, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan jadi pertimbangan utama.

“Sama-sama kita doakan semoga usaha ini dipermudahkan Allah S.W.T seterusnya membawa manfaat yang diharapkan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI