fbpx

Kanak-kanak ketagih vape ‘kuat’ ibarat menghisap 125 batang rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak menghisap vape jenama Greek Bars yang mempunyai kekuatan ibarat 125 batang rokok. -Kerry Davies

LONDON – Kanak-kanak di Britain dilaporkan membeli vape yang memiliki kekuatan sama seperti 125 batang rokok dalam trend yang mencetuskan kebimbangan kesihatan di Britain, lapor laman berita Mail Online semalam.

Vape tersebut dikatakan sangat kuat dan boleh menyebabkan penggunanya mengalami pendarahan hidung  berpanjangan, batuk berdarah, sakit dada dan pening kepala.

Lebih 53,000 vape jenama Greek Bars itu dijual  setiap minggu di kedai-kedai vape biarpun mempunyai kandungan nikotin dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dibenarkan, manakala ribuan lagi dilaporkan dibeli secara online.

Walaupun penjualan vape kepada remaja berusia bawah 18 tahun diharamkan, namun media sosial dipenuhi dengan hantaran daripada remaja dan kanak-kanak tentang vape tersebut.

Tanda pagar #geekbar mempunyai 46 juta tontonan di aplikasi sosial TikTok termasuk kandungan video yang memuji ‘perisanya yang enak’ selain bergurau tentang ‘ketagihan’ pada  alat tersebut yang disamakan dengan kokain.

Namun, kebimbangan terbesar adalah terhadap produk Geek Bar yang sangat kuat dan dijual pada harga antara £5 hingga £7 (RM28 hingga RM40).

Dos nikotin yang tinggi boleh memberi kesan kepada perkembangan otak remaja. 

Profesor pediatrik dKolej Imperial London, Andrew Bush  memberi amaran bahawa menghisap vape adalah ‘krisis besar bagi golongan muda.’

“Ia memikat kanak-kanak dan menjadikan mereka ketagih nikotin. Perkara ini amat membimbangkan.

“Tiada sesiapa yang tahu apa sebenarnya ada di dalam cecair ini dan meletakkan bahan kimia panas yang tidak diketahui kandungannya ke dalam paru-paru merupakan satu idea yang buruk,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI