fbpx

Jakoa giat pujuk 2,000 Orang Asli di Kelantan terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Jakoa giat mendaftarkan penduduk Orang Asli untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang giat memujuk lebih 2,000 Orang Asli di Kelantan yang dipercayai menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 ketika negara sedang memasuki fasa endemik.

Timbalan Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Roslina Bun berkata, jumlah itu dianggarkan sebanyak 20 peratus daripada lebih 10,000 penduduk masyarakat Orang Asli yang layak menerima suntikan vaksin.

Katanya, pihak Jakoa meletakkan sasaran untuk menyelesaikan pendaftaran melibatkan Orang Asli yang tinggal di kampung pedalaman daerah ini dalam masa terdekat ini.

“Bagi penduduk Orang Asli di kampung pedalaman, mereka akan menerima suntikan vaksin dos tunggal jenis Cansino kerana kesulitan jarak perjalanan ke kampung mereka yang jauh.

“Kita yakin akan dapat memujuk baki Orang Asli yang terpengaruh dengan golongan antivaksin itu untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Roslina berkata, setakat ini, pihaknya berjaya mendaftarkan kira-kira 80 peratus Orang Asli untuk menerima vaksin yang telah dibantu oleh pemimpin tempatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI