fbpx

Erra puji rambut pendek Awie, netizen ‘kenang’ kisah Sembilu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIAPUN pernah putus tunang, Erra dan Awie ternyata boleh bersahabat baik, bahkan beberapa bekerjasama menjayakan naskhah filem dalam konsert.

PETALING JAYA – Stail baharu rambut pendek penyanyi rock, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman bukan hanya mendapat pujian netizen bahkan sahabat baiknya, Erra Fazira.

Pemilik nama lengkap, Fazira Wan Chek itu menerusi Instagram menyertakan satu perkataan dalam ruangan komen hantaran terbaharu Awie yang membuatkan peminat teruja.

“Cenggini (emoji tanda bagus),” tulis pelantun lagu Pasrah itu sekali gus membuatkan ramai dalam kalangan netizen mula mengenang zaman percintaan dua selebriti itu suatu ketika dahulu.

Kebanyakan daripada peminat mula mengusik Erra dengan menyapa dirinya dengan gelaran Wati iaitu karakter ikonik lakonannya dalam filem Sembilu yang menampilkan Awie sebagai hero.

“Apakah perasaan Wati (watak yang dimainkan Erra dalam Sembilu) selepas melihat perubahan Awie,” usik seorang netizen dalam ruangan komen.

Seorang lagi peminat menulis dengan seloroh: “Datuk Awie ada kosong lagi tiga (kuota). Mana tahu jodoh bertaut kembali.”

Dalam banyak-banyak komen, tertulis satu daripada seorang netizen lain menyifatkan Erra sebagai seorang sahabat yang baik kepada Awie.

“Terima kasih Erra kerana menjadi sahabat yang sangat baik kepadanya (Awie). Anda memang satu hadiah yang sangat hebat. Selalu memberikan sokongan kepadanya. Kami sayang anda,” tulis netizen berkenaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Awie merasakan tidak berbaloi membela rambut panjang pada musim pandemik Covid-19 kerana tiada persembahan pentas untuk dijayakan.

Dedah Awie juga, dia memotong rambut kerana kecewa melihat keadaan dunia akibat Covid-19.

“Rasa macam tak berbaloi bela rambut panjang waktu pandemik, itu yang saya potong (rambut) tapi jiwa tetap rock,” kata pelantun lagu Di Penjara Janji itu.

Awie, 53, turut berkongsi bahawa telah menjalani satu pembedahan pada 29 Julai lalu namun telah sembuh daripada penyakit yang enggan didedahkannya itu.

“Saya baru selesai menjalani satu pembedahan pada 29 Julai tempoh hari. Tiga hari saya terlantar di hospital dan kemudian terpaksa pulang dan menjalani proses sembuh selama tiga minggu di rumah sebab Covid-19, lebih baik duduk rumah. Saya pun tak mahu risikokan diri tinggal di wad lama-lama.

“Lepas pembedahan itu dan sembuh, saya dapati rambut saya mula mudah gugur. Gugur banyak daripada kebiasaan. Itu yang membulatkan hasrat saya nak potong rambut pendek dan saya fikir, tidak mengapa saya potong pendek sementara tiada ‘show’ sekarang ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Erra menjalin hubungan cinta dengan Awie setelah mereka membintangi filem Sembilu pada era 1990-an. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 namunterputus pada hujung 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI