fbpx

Cukuplah dua tahun beraya di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk berdiri di sebalik kawat duri yang dipasang pasukan keselamatan di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD sejak 26 Jun lalu.

PETALING JAYA – Warga Lembah Klang terutamanya penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menarik nafas lega apabila catatan kes baharu Covid-19 semakin berkurangan.

Terbaharu, bilangan kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur semakin berkurangan hari ini apabila mencatatkan sebanyak 398 kes.

Sebelum ini, Kuala Lumpur merupakan antara negeri yang mencatatkan kes tertinggi bersama jirannya Selangor apabila pernah merekodkan belasan ribu kes sehari.

Rata-rata warga Kuala Lumpur di media sosial mengucapkan tahniah dah berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bagi memastikan bilangan kes semakin berkurangan.

“Cukuplah dua tahun beraya di KL ni, tahun hadapan harapnya boleh la balik ke Tanah Merah jumpa mak ayah. Tahniah warga KL, kita semakin berjaya,” jelas Jo Rahman.

“Terbukti vaksin banyak membantu, teruskan disiplin kita semua, jaga SOP. Harapnya kes Covid-19 boleh capai kosong di KL.

“Ini bukan satu kerha mustahil kalau kita semua bersatu. Terima kasih frontliner atas tugasan yang kamu semua lakukan selama ini,” ujar Along_Karim. – K!ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI