fbpx

Bukan ditaja sugar daddy – Farahdhiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farahdhiya

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Farahdhiya menepis dakwaan segelintir pihak bahawa dia ditaja lelaki kaya atau sugar daddy disebabkan kehidupan­nya yang dilihat tidak terkesan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Pemilik nama lengkap, Farahdhiya Mohd. Amin, 37, itu memberitahu, dia mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat-cermat dalam berbe­lanja.

“Saya agak terkejut sebenar­nya (dakwaan ada sugar daddy). Betul, memang sudah tiga hingga ke empat bulan saya tidak menjalani sebarang penggambaran.

“Tetapi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua dilaksanakan, Alhamdulillah karier saya masih berjalan se­perti biasa dan saya masih be­kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Farahdhiya semasa ditemu bual menerusi program Melodi memberitahu, dia sudah berada dalam industri hiburan tanah air untuk jangka waktu yang lama iaitu selama 17 tahun dan tahu untuk menguruskan kewa­ngan bagi menampung kehidupannya.

“Saya bukan seorang yang boros atau berbelanja apabila mendapat duit seperti membeli beg tangan baharu. Saya bukan jenis yang sebegitu,” jelasnya.

Kata pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu lagi, dia tidak tahu bagaimana timbulnya dakwaan ‘dibela’ seseorang dan perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah.

“Saya pernah menjadi duta produk dan kontrak­nya tamat pada tahun lalu. Kalau betul saya ‘dibela’, saya tidak perlu bersusah payah bekerja untuk mencari rezeki,” tegasnya.

Menyentuh soal jodoh­nya, Farahdhiya berkata, setiap hari dia berdoa supaya dipercepatkan jodohnya dengan seorang lelaki tepat yang boleh menjaganya, beriman, baik dan jujur.

“Saya ada mengenali seseorang, tetapi belum ke arah hubungan yang serius,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI