fbpx

68 peratus individu lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga  semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 87.8 peratus atau lebih 20,543,016 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 289,958 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 25,947, diikuti Sabah (24,549), Johor (24,524), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (19,172), Terengganu (16,060) dan Pulau Pinang (10,862).

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 36.46 juta. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI