fbpx

Verstappen julang trofi kemenangan GP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Verstappen julang kemenangan dihadapan 70,000 penyokong The Oranje.

ZANDVOORT, Belanda – Pemandu Red Bull, Max Verstappen melakar sejarah apabila menjulang kemenangan di hadapan ribuan penyokongnya ketika muncul juara pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Belanda sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, Verstappen yang memulakan perlumbaan di petak utama mengekalkan pemanduan cemerlang sehingga akhir pusingan meskipun dicabar hebat seteru utamanya dari Mercedes, Lewis Hamilton.

Tindakan Red Bull menggunakan strategi dua kali hentian pit ternyata memihak kepada Verstappen untuk menjulang kemenangan di hadapan ribuan penyokong The Oranje yang memenuhi segenap ruang di Litar Zandvoort.

Lebih manis, pemandu Belanda itu kembali memimpin carta kedudukan pemandu dengan merampas semula posisi itu daripada pelumba Mercedes, Hamilton yang mengakhiri saingan di tempat kedua.

“Terima kasih semua, strategi luar biasa hari ini. Saya menikmati 72 pusingan perlumbaan di Litar Zandvoort. Anda boleh dengar jeritan mereka di sini dan saya sangat gembira apabila menjuarai perlumbaan ini.

“Lebih membanggakan saya dapat kembali memimpin semula carta kedudukan.Terima kasih semua kerana perlumbaan yang menakjubkan bagi saya,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Hasil kemenangan tersebut, Verstappen kini telah meraih tujuh kemenangan sekali gus mengumpul 224.5 mata untuk mendahului perebutan gelaran musim ini dan meninggalkan Hamilton di tangga kedua dengan perbezaan tiga mata dengan 221.5 mata keseluruhan.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas menamatkan saingan di tempat ketiga sementara Pierre Gasly ( AlphaTauri Honda) mengakhiri saingan tempat keempat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI