fbpx

Staf kontraktor Petronas direman, raih sumbangan RM91,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Kakitangan kontraktor Petronas Pengerang yang ditahan selepas disyaki menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid-19 berjaya meraih sumbangan sebanyak RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menahan suspek berumur 45 tahun itu semalam selepas lelaki itu hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai di sini.

“Suspek ditahan ketika hadir sendiri di Balai Polis Bayu Damai dipercayai ingin membuat laporan ‘covering’ bagi dirinya tentang kejadian itu.

“Siasatan juga mendapati suspek setakat ini dipercayai telah menerima sumbangan sebanyak RM91,000,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussin berkata, hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu berkenaan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 itu bagi mendapatkan sumbangan derma sejak bulan Jun lalu.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Petronas dalam kenyataan menafikan dakwaan seorang individu yang merupakan kakitangan kontraktornya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat wabak Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI