fbpx

Sam Suhaid kecewa dihalang rakam video ketika divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam Suhaid

KLUANG – Pelakon dan penyanyi, Sam Suhaid kecewa apabila dia dan isteri dihalang daripada merakamkan gambar serta video ketika janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kluang di sini pada akhir Ogos lalu.

Sam, 27, yang juga Penyelaras Pertubuhan Ikatan Sahabat-Sahabat Perjuangan Nusantara daerah Kluang berkata, larangan itu menafikan hak setiap individu bagi merekodkan bukti mereka dicucuk vaksin Covid-19.

“Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) menyatakan bahawa dibenarkan untuk merakam ketika divaksin, itu hak kita kerana yang vaksin tersebut disuntik ke dalam badan kita.

“Tujuan merakam ketika proses vaksin ini untuk ketelusan dan keselamatan sekali gus membantu petugas di PPV jika mereka terlepas pandang ketika suntikan vaksin terrmasuklah picagari yang isinya kosong dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sam atau nama sebenarnya, Muhammad Suhaid Mustakim Yahya berkata, soal proses rakaman akan menyebabkan kelewatan ketika divaksin tidak perlu timbul kerana ia hanya mengambil masa yang singkat iaitu kurang dari 10 saat.

Beliau turut mempersoalkan mengapa terdapat ‘double standard’ terhadap rakyat biasa dan sewajarnya proses rakaman suntikan vaksin mampu mempromosi saranan kerajaan bagi mencapai imuniti berkelompok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI