fbpx

Salah guna kuasa, bekas pembantu tadbir ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah menahan seorang bekas penjawat awam kerana menyalah guna kuasa dan kedudukannya untuk mendapatkan projek pembekalan ‘toner’ bernilai lebih RM1 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun itu merupakan bekas Pembantu Tadbir Gred N19 telah ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi di Pejabat SPRM Johor hari ini.

Katanya, suspek itu ditahan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya yang melakukan kesalahan itu dari tahun 2016 hingga 2019.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek semasa bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Pejabat Kerajaan Negeri telah menggunakan kedudukannya sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan ‘toner’.

“Suspek itu bertindak dengan memalsukan butiran pemilikan tiga syarikatnya untuk mendapatkan projek membekalkan ‘toner’ bernilai RM1.03 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut sumber itu lagi, bagi perbuatan itu, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki itu boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI