fbpx

Raja Muda Selangor nafi terlibat pembangunan HSKLU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Amir (duduk depan kiri) menafikan terlibat dalam dengan mana-mana syarikat dan pembangunan HSKLU

SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menafikan mempunyai kaitan dengan syarikat Syarikat Gabungan Indah Sdn. Bhd. dan pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Tengku Amir bertitah mengambil maklum bahawa terdapat beberapa golongan yang mempercayai bahawa baginda telah mendapat keuntungan daripada keputusan pembangunan di kawasan tersebut.

“Beta begitu terkesan akan isu alam sekitar dan mengambil maklum bagaimana pembangunan meninggalkan impak mendalam terhadap perubahan iklim, generasi akan datang, bahkan kesan yang tidak dapat kita pulihkan.

“Kawasan hutan, terutamanya kawasan hutan paya gambut memainkan peranan yang penting dan nadi utama dalam penyerapan karbon bagi memastikan kadar pemanasan global dapat diatasi,” titahnya menerusi hantaran di laman instagram rasminya.

Tengku Amir menegaskan hutan paya gambut juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna dan jika habitat ini pupus, keseimbangan alam sekitar boleh terancam.

Justeru, Tengku Amir berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara tanah air pada masa yang sama menguatkuasakan undang-undang dan terus menjadi pelindung kepada komuniti setempat.

“Wujudkan komuniti lestari, prihatin, empati dan berpandangan jauh agar dapat memelihara alam sekitar. Rakyat Selangor tidak mahu merasa kehilangan khazanah permata ini,” titahnya.

Tengku Amir bertitah, selaku warga Malaysia, semua pihak harus bersatu tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam ini.

“Tebus kekhilafan lalu dengan menyelamatkan alam sekitar hari ini,” titahnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI