fbpx

Premis selenggara jentera dikesan cemari Sungai Buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelehan minyak dari sebuah premis yang menjalankan aktiviti penyelenggaraan jentera dan lori dikesan menjadi punca pencemaran Sungai Buah, Dengkil.

SEPANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang mendapati lelehan minyak dari longkang sebuah premis yang menjalankan aktiviti penyelenggaraan jentera dan lori, menjadi punca pencemaran minyak hidraulik di Sungai Buah, Dengkil.

Pemeriksaan itu hasil operasi bersepadu yang dilakukan bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berikutan aduan yang diterima berhubung pencemaran minyak hidraulik di lokasi terbabit.

JAS Cawangan Sepang berkata, susulan itu, pihaknya telah menyita sebuah kren di tapak buat sementara waktu agar tidak menggangu siasatan kes.

“Sementara itu, pihak LUAS telah memasang ‘oil boom’ di luar longkang premis untuk membendung pencemaran minyak,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

JAS berkata, persampelan telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisis dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI