fbpx

Perak FC sah tersingkir ke saingan Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Melaka United meraikan jaringan kemenangan oleh Sony Norde sambil pemain Perak FC jelas kecewa pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat kelmarin. – RASUL AZLI SAMAD

PASUKAN Perak FC terpaksa akur tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan selepas tewas 1-2 kepada Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad The Bos Gaurus terlebih dahulu menjaring gol menerusi ledakan Sergio Aguero pada minit ke-29 tetapi pasukan tuan rumah berjaya bangkit untuk mengutip tiga mata penuh menerusi jaringan Manuel Ott dan Sony Norde.

Pemangku ketua jurulatih Perak FC, Shahrulnizam Mustafa berkata, kehilangan hampir 80 peratus pemain utama sejak awal musim ini menjadi punca kegagalan pasukannya mempertahankan status elit untuk kekal dalam kancah Liga Super tahun depan.

“Semua tahu pasukan Perak FC ketika ini banyak mempertaruhkan pemain muda yang sememangnya masih mentah dari segi pengalaman untuk bersaing pada tahap tertinggi seperti Liga Super.

“Mungkin kehilangan sebahagian besar hampir 80 peratus pemain utama kami yang mengambil keputusan berhijrah sejak awal tahun ini menjadi antara faktor pasukan gagal beraksi konsisten seperti diharapkan.

“Namun, saya percaya pasukan Perak FC mempunyai kualiti dan tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan penuh kompetitif pada kempen Liga Premier musim depan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan, Shahrulnizam mengakui pasukannya gagal menyerap tekanan dan asakan yang dilakukan oleh Melaka United khusus­nya pada babak kedua selepas tampil cemerlang pada separuh masa pertama.

“Kita bermula baik dan dapat menjaringkan satu gol. Cuma, beberapa kesilapan mudah telah membuka ruang buat mereka meledak dua jaringan di luar kotak penalti dan kami terima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI