fbpx

Penunggang basikal maut dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan basikal mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh semalam.

IPOH – Seorang penunggang basikal maut setelah terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.16 malam itu, mangsa, Luqman Hakim Mohamed Amin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 40-an berkenaan dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menghala ke Ipoh.

“Semasa melalui lampu isyarat hijau mangsa telah keluar dari simpang sebelah kanan dan melintas secara tiba-tiba di laluan kenderaan tersebut. Pemandu kereta itu cuba mengelak ke kiri namun terkena basikal mangsa dan menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI