fbpx

Pasangan suami isteri bela 620 anak angkat dalam tempoh 56 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roger (kiri) dan Pauline mengambil lebih 600 orang anak angkat di samping menjaga lima orang anak kandung mereka. -Solent

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain  telah mengambil seramai 620 orang anak angkat dalam tempoh 56 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.

Pauline dan Roger Fitter berkongsi rahsia berdepan krisis keibubapaan yang dihadapi termasuk cemburu dan anak-anak yang mengamuk.

Pasangan itu sudah membesarkan bayi, kanak-kanak, remaja dan dalam masa yang sama memelihara lima anak kandung mereka.

“Kami telah menjalankan tanggungjawab kami sehingga mereka boleh berdikari dan menjalani hidup sendiri.

“Kami menyayangi semua anak-anak kami, namun apabila tiba masanya, kami perlu melepaskan mereka pergi,” kata Pauline.

Pauline dan Roger yang menetap di Haslemere, Surrey berkata, terdapat banyak cara untuk mententeramkan kanak-kanak dan cara terbaik adalah ibu bapa perlu tenang dan berkomunikasi dengan mereka.

Pasangan ini bergambar bersama sebahagian daripada anak-anak angkat mereka pada tahun 2010. -Solent

Pauline juga berkata bahawa dia akan memastikan semua  anaknya makan makanan yang sama pada waktu yang sama bagi memastikan tiada antara mereka berasa terpinggir.

Pasangan itu juga pernah mempunyai 11 anak kecil di dalam rumah termasuk anak-anak kandung mereka, sehingga terpaksa memasang khemah untuk memastikan kesemua mereka memiliki katil.

“Kami merasakan telah menjalani kehidupan dengan tujuan yang baik. Kami telah bertahan lebih lama daripada kebanyakan ibu bapa lain, namun masih menikmatinya hingga anak terakhir,” kata Pauline. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI