fbpx

Paru-paru Aishah dijangkiti kuman, namun keadaan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kesihatan Aishah yang dijangkiti Covid-19 stabil dan bacaan oksigennya juga semakin baik.

PETALING JAYA – Selepas dimasukkan ke hospital gara-gara dijangkiti Covid-19 pada 31 Ogos lalu, penyanyi Aishah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Presiden kelab peminat Aishah, Dr. Nazlin Nadzri ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, keadaan penyanyi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta kadar oksigen dalam badannya juga baik.

“Keadaan Aishah stabil dengan bacaan oksigen dalam badannya juga baik iaitu 97 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, Nazlin berkata, hasil ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dijalankan terhadap Aishah mendapati terdapat jangkitan kuman pada bahagian paru-parunya, namun masih dalam keadaan terkawal.

“Cuma semalam ujian ‘CT scan’ oleh doktor mendapati terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya dan diberi antibiotik.

“Alhamdulillah keadaannya baik. Boleh makan dan minum seperti biasa,” jelasnya.

Ujarnya lagi, ketika penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu terpaksa diberikan bantuan alat pernafasan, keadaan jangkitan Covid-19 yang dihidapinya berada pada tahap empat.

Bagaimanapun, kini Aishah semakin beransur sembuh dan stabil.

“Biasanya kalau tidak perlu bergantung dengan alat bantuan pernafasan, bermakna keadaan seseorang pesakit itu semakin pulih dan paru-paru berfungsi seperti biasa.

“Insya-Allah Aishah akan sembuh seperti sediakala,” katanya.

Terdahulu, Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu dan dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur kerana sesak nafas ekoran bacaan oksigen dalam badannya menurun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI