fbpx

Pandemik, zaman artis berduit buat duit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Fazura, antara artis yang dilihat bijak mencuri peluang berniaga barang-barang keperluan semasa seperti pelitup muka dan tudung secara online untuk menjana pendapatan pada musim pandemik.

KETIKA ramai yang terpaksa mengikat perut disebabkan pandemik Covid-19, berlainan pula halnya dengan beberapa selebriti tanah air.

Baru-baru ini terkejut juga terbaca cerita Fazura berjaya jual lebih 80,000 helai tudung, manakala pelitup muka jenama pasangan selebriti Neelofa dan Haris pula terjual lebih 200,000 keping.

Inilah dikatakan rezeki durian runtuh. Mana tidaknya, jual produk yang memang menjadi kegunaan harian kita semua.

Namun, di sebalik kejayaan dan rezeki mereka, masih terselit kata-kata negatif terhadap segelintir selebriti tanah air.

Bagi sesetengah orang, mereka yang berduit semakin kaya-raya. Dakwa netizen, ini musim mereka buat duit, keluarkan dan juallah apa sahaja, pasti laku.

Bagi netizen, gelaran selebriti juga seperti tiket ekspres untuk menjana pendapatan segera ditambah pula dengan platform media sosial yang memang mempunyai ramai pengikut.

Selepas membaca komen-komen netizen, rasanya ada bagusnya kita doa dan berhenti mempertikaikan rezeki orang. Iyalah, niat bisnes sesetengah selebriti ialah ingin membantu golongan yang terjejas, contohnya Fazura.

Semoga semua selebriti yang berjuang dengan berniaga secara kecil-kecilan sepanjang musim pandemik ini dimurahkan rezeki.

DIVA: Zaman sekarang, orang bijak cari peluang dan sudah sedia berduit akan lebih mudah beroleh kejayaan, jadi bertindaklah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI