fbpx

Neymar akan pakai saiz jersi M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kiri) mendakwa badannya kelihatan gemuk kerana memakai saiz jersi yang besar ketika menentang Chile kelmarin. – AFP

SAO PAULO – Penyerang sensasi dunia, Neymar menyelar kritikan yang mendakwa badannya kelihatan gemuk ketika membantu Brazil menewaskan Chile 1-0 pada kelayakan Piala Dunia 2020 di Estadio Monumental David Arellano kelmarin.

Beberapa media antarabangsa sebelum ini melabelkan bintang Brazil itu tidak berada dalam bentuk badan terbaik selaku pemain bola sepak terkemuka dunia.

Bagaimanapun, Neymar menjelaskan bahawa pe­nampilan fizikalnya nampak berbeza kerana faktor saiz jersi yang lebih besar berbanding apa yang dipakainya sebelum ini.

Penyerang prolifik Paris Saint-Germain berusia 29 tahun itu menegaskan, dia sedia menukar kepada saiz M berbanding jersi saiz G dipakainya sebelum ini untuk aksi seterusnya menentang Argentina di Arena Corinthians awal pagi esok.

“Baju yang saya pakai ketika menentang Chile adalah saiz ‘G’ (besar) berbanding kebiasaan. Pada perlawanan seterusnya (bertemu Argentina), saya akan tukar memakai saiz M (sederhana),” kata Neymar.

Pada pertemuan dengan Chile, Brazil berjaya meneruskan rekod tanpa kalah dalam tujuh aksi kelayakan Piala Dunia 2022 meskipun sekadar menang 1-0 menerusi jaringan tunggal daripada Everton Ribeiro pada minit ke-64.

Walaupun Neymar bermain 90 minit penuh permainan, namun dia gagal mencipta sesuatu dalam aksi tersebut dan berharap dapat menampilkan prestasi yang jauh lebih bagus apabila berdepan Argentina awal pagi esok.

Sebagai rekod, Brazil kini mengungguli carta teratas kelayakan zon Amerika Selatan dengan 21 mata selepas menang kesemua tujuh perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI